
NVIDIA pada hari ini sedia menerajui pasaran kecerdasan buatan janaan melalui penawaran cip pemprosesan mereka. Kebelakangan ini, pelbagai pihak hadir dengan beberapa penawaran alternatif, dan NVIDIA turut tidak ingin ketinggalan dan dijangka memperkenalkan cip baharu untuk pemprosesan kecerdasan buatan dalam masa terdekat.
Cip pemprosesan baharu ini dijangka memfokuskan kepada perkomputeran inferens, dimana ia digunakan bukan untuk melatih model, tetapi lebih kepada memproses penggunaan atau pertanyaan terhadap model kecerdasan buatan. Ini dijangka diposisikan sebagai penawaran alternatif kepada TPU oleh Google., dan beberapa yang lain.
