NVIDIA Mengesahkan Isu Prestasi Kad Grafik Disebabkan Penuras Dalam Permainan Pada NVIDIA App

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami telah berkongsi bahawa penggunaan aplikasi NVIDIA App telah menyebabkan sejumlah besar permainan-permainan komputer untuk tampil dengan prestasi yang lebih teruk, khususnya kadar bingkai yang lebih rendah.

Kami juga telah mengatakan bahawa isu khusus yang dilaporkan adalah disebabkan ciri overlay dalam aplikasi tersebut, dan ia boleh ditutup terlebih dahulu sementara NVIDIA memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi tersebut.

image is not available

Kemaskini tersebut belum hadir, tetapi kini NVIDIA telah mengesahkan bahawa isu prestasi ini adalah disebabkan ciri penuras Game Filters and Photo Mode dipasang dibawah ciri overlay tersebut.

Buat masa ini, NVIDIA mencadangkan bahawa pengguna menutup ciri ini terlebih dahulu untuk mengembalikan prestasi kad grafik mereka ke angka-angka asal. Kemaskini untuk memperbaiki isu ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.