NVIDIA Mengesahkan Komputer Riba Dengan RTX 5000 Akan Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
12 Feb 2025 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer riba gaming terbaru dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 telah diacahkan sejak penghujung tahun lepas, dan sejumlah daripadanya telahpun diperlihatkan sewaktu acara CES 2025 yang berlangsung pada bulan lepas.

Terkini, NVIDIA telah mengeluarkan kenyataan di platform X/Twitter dan mengatakan bahawa pra-tempahan untuk komputer-komputer riba ini akan bermula pada 25 Februari ini untuk pasaran-pasaran tertentu.

Ia dilihat bahawa jenama-jenama komputer riba terkemuka seperti ASUS ROG, Acer Predator, Dell Alienware, Lenovo Legion, MSI dan sebagainya akan mula memperkenalkan penawaran komputer riba gaming terbaru mereka tidak lama lagi dengan pengesahan daripada NVIDIA ini.

Diantara komputer riba yang telahpun diperlihatkan yang akan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 termasuklah ASUS ROG Strix Scar 16 dan Strix Scar 18, Dell Alienware 16/18 Area 51, Lenovo Legion Pro 5/5i, MSI Titan 18 HX dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved