NVIDIA Menjadi Syarikat Pertama Mencapai Nilai Pasaran $4 Trilion

TechnologyDigital
9 Jul 2025 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA kini menjadi syarikat pertama di dunia untuk mencapai nilai pasaran $4 trilion, mendahului syarikat lain termasuk Apple. Nilai pasaran ini dicatatkan selari peningkatan harga saham NVIDIA kebelakangan ini.

Pelbagai syarikat kini berlumba antara satu sama lain dalam pembangunan model kecerdasan buatan, sekaligus membawa kepada peningkatan permintaan kepada cip-cip keluaran NVIDIA.

Sebelum ini, NVIDIA mencatatkan nilai pasaran untuk syarikat sebanyak $2 trilion pada Februari 2024 lepas, dan mencapai $3 trilion pada Jun 2025.

Pada hari ini, dibelakang NVIDIA adalah Microsoft, Apple dan juga Amazon.