NVIDIA, Microsoft Dan Amazon Dilaporkan Ingin Tambah Pelaburan Pada OpenAI

TechnologyBusiness & Finance
29 Jan 2026 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

SoftBank sedia diperkatakan ingin tambah pelaburan pada OpenAI baru-baru ini. Selain syarikat pelaburan dari Jepun berkenaan, kini laporan hadir mengatakan NVIDIA, Microsoft dan juga Amazon turut ingin menambah pelaburan pada syarikat kecerdasan buatan berkenaan.

Ketiga-tiga syarikat gergasi ini dijangka melakukan pelaburan kolektif antara $40 bilion ke $50 bilion pada syarikat berkenaan. OpenAI sendiri dikatakan sedang melihat untuk meraih dana sehingga $100 bilion dalam usaha untuk terus membangunkan infrastruktur dan melatih model baharu yang lebih berkuasa.

Untuk makluman, Microsoft sedia antara pemegang saham besar pada OpenAI. Dengan menambah pelaburan ini, ia dilihat membolehkan Microsoft terus mengekalkan jumlah pegangan saham tanpa ia berkurangan disebabkan kemasukkan pelabur baharu.

Dengan laporan ini, mungkin kita melihat OpenAI mengumumkan suntikan dana baharu mereka dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved