Nyanyi dan potong kek, ramai sebak lihat pak cik sambut hari lahir seorang diri

LocalEntertainment
20 Feb 2025 • 5:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ramai sebak melihat seorang pak cik nyanyi dan potong kek sendirian bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran dirinya.

Menerusi video yang dikongsi warga emas terbabit menggunakan akaun TikTok dikenali sebagai hussin.yaakob telah memuat naik momen sewaktu sedang menyanyikan lagu hari jadi untuk dirinya sendiri.

Nyanyi dan potong kek hari jadi seorang diri

Pak cik berkenaan juga telah merakam momen sewaktu dia memotong kek hari lahir yang tertera namanya sebelum mengucap salam untuk mengundurkan diri.

Nyanyi dan potong kek hari jadi sambil tersenyum

Dia juga beberapa kali mengucapkan selamat hari lahir untuk dirinya sendiri tersenyum dan memotong kepada satu bahagian kek ulang tahun kelahirannya.

image is not available

Selamat hari lahir pak cik!

Menjengah ke ruangan komen, ramai akui sebak melihat perkongsian tersebut kerana memahami perasaan menyambut hari istimewa seorang diri.

Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir buat pak cik berkenaan dan berharap agar dia diberi kesihatan yang baik serta sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T.

image is not available

Semoga pak cik sihat selalu & panjang umur

image is not available

Sebak baca komen2

image is not available

Ramai rindukan sosok bapa

image is not available

 

Video yang dibuat naik pak cik tersebut mungkin sekadar perkongsiannya menyambut hari bahagia dalam hidup dan boleh jadi dia meraikan momen istimewa itu bersama keluarga.

Sumber: TikTok hussin.yaakob