Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 9:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bersahaja menepis sindiran segelintir pihak susulan rakaman video beliau menyanyikan lagu Hindi klasik yang tular sepanjang siri lawatan kerjanya ke India.

Sambil tersenyum ketika diajukan perkara itu pada sidang media penutup di Keralam petang ini, Anwar menjelaskan sisi santai berkenaan tidak menjejaskan jadual kerja rasmi yang padat sepanjang berada di India.

“Ada pertemuan-pertemuan untuk televisyen, banyak kerja yang saya cerita pada penyanyi.
“Jadi ada orang tulis, saya kata, ‘Saya (datang) kerja nyanyi je.’ Nyanyi itu 10 minit. Ini kerja ini dah berpuluh-puluh jam,” kata, hari ini.

Image from: Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

Rakaman pendek yang memaparkan Anwar mendendangkan bait lagu legenda Kishore Kumar bertajuk “Khwaab Ho Tum Ya Koi Haqeeqat” daripada filem Teen Devian (1965) sebelum ini menarik perhatian ramai dan tular di pelbagai platform media sosial.

Sebaliknya, jadual Perdana Menteri sepanjang lawatan kerja empat hari itu dipenuhi siri pertemuan dan rundingan berprofil tinggi, termasuk penyertaan pada persidangan BRICS di New Delhi serta pertemuan dua hala bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian.

Image from: Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

Image from: Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

Anwar turut mengadakan pertemuan bersama pimpinan negeri serta pelabur korporat di Keralam sebelum memuktamadkan lawatan kerja ke India yang berlangsung dari 11 hingga 14 September.

Sepanjang lawatan berkenaan, beliau diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Image from: Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

Image from: Nyanyi itu 10 minit, kerja dah berpuluh-puluh jam – PM Anwar

Selesai di Keralam, Perdana Menteri meneruskan siri lawatan rasmi ke Malé, Maldives selama dua hari bermula petang ini.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved