Nyawa anggota keselamatan bukan taruhan! PM Anwar tegas, dalang sindiket seludup PATI mesti diheret ke muka pengadilan

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 9:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing, termasuk mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan kegiatan tersebut.

Ketegasan itu disuarakan susulan kematian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan ketika menjalankan tugas membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan negara.

Tegas Anwar, sebarang bentuk pencerobohan sempadan tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan keselamatan anggota penguat kuasa serta kedaulatan negara.

“Sebarang cubaan menceroboh sempadan negara perlu ditangani dengan tegas bagi memastikan keselamatan anggota penguat kuasa serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Image from: Nyawa anggota keselamatan bukan taruhan! PM Anwar tegas, dalang sindiket seludup PATI mesti diheret ke muka pengadilan

Menurut beliau, individu atau pihak yang membiarkan kegiatan penyeludupan berlaku, termasuk mereka yang bersubahat dalam pencerobohan kedaulatan negara, perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri menegaskan pengorbanan Allahyarham Mohd Roshaimi tidak boleh dibiarkan sia-sia, selain mengingatkan bahawa nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak seharusnya dipertaruhkan.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta seluruh warga Maritim Malaysia atas kehilangan anggota yang terkorban ketika mempertahankan keselamatan perairan negara.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved