Bukan semua nak dijual – Keluarga pemilik Secangkir Cafe

LocalBusiness & Finance
4 Sep 2026 • 2:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan semua nak dijual – Keluarga pemilik Secangkir Cafe

PETALING JAYA – “Hanya perkakasan pinggan mangkuk serta stok makanan, selain kek terhad sebanyak 90 potong yang masih berbaki di Secangkir Cafe, Kuantan, akan ‘dilepaskan’.”

Itu penjelasan keluarga pemilik kafe berkenaan, Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd. Kazwan, 32, selepas timbul salah faham orang ramai berhubung dakwaan pihaknya mahu menjual pelbagai peralatan kedai selepas pengumuman jualan terakhir premis berkenaan tular di media sosial.

Menggunakan profil @Iqiekazama di Threads, dia berkata, penjualan stok makanan itu dilakukan bagi memastikan tiada bahan yang rosak atau terbuang memandangkan urusan sewaan premis berkenaan telah diselesaikan oleh Allahyarham Sofiya sehingga September 2026.

“Selain kek terhad dalam 90 potong sahaja tinggal, barang yang kami nak lepaskan adalah perkakasan pinggan mangkuk dan stok makanan sahaja.

Peralatan kopi, dapur meja keluli tahan karat, ketuhar dan lain-lain, semua kekal di sini untuk penyewa seterusnya, insya-Allah. Siapa penyewa seterusnya bergantung kepada pemilik tanah tersebut,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, keluarga Allahyarham Sofiya mengumumkan Secangkir Cafe tidak akan meneruskan operasi susulan pemergian pemiliknya dalam nahas ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur 1, Isnin lalu.

Menerusi perkongsian di Threads, ahli keluarga Allahyarham memaklumkan keputusan berat itu dibuat kerana mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan semula kek-kek yang menjadi identiti kafe berkenaan.

Menurutnya, setiap kek dihasilkan Allahyarham Sofiya mempunyai keunikan tersendiri dengan menu berbeza ditawarkan pada setiap minggu.

Menurut perkongsian itu, operasi terakhir berkenaan hanya akan memfokuskan kepada jualan kopi dan kek dengan stok yang sangat terhad.

“Kami juga akan lelong segala stok dan perkakasan kedai. Kami akan kemas kini gambar stok yang ada pada hari esok (hari ini),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Bukan semua nak dijual – Keluarga pemilik Secangkir Cafe appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved