
Ryota Ogiwara meneruskan dominasi cemerlangnya dalam Idemitsu Asia Talent Cup 2025 dengan meraih kemenangan berganda di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, pada 3 Ogos 2025. Dalam kedua-dua perlumbaan iaitu Race 1 dan Race 2, beliau menewaskan pesaing utamanya Seiryu Ikegami dari Jepun yang menduduki tempat kedua dalam kedua-dua perlumbaan. Pelumba Indonesia, Badly Ayatullah, turut menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan meraih tempat ketiga dalam kedua-dua perlumbaan tersebut.
Kemenangan ini menandakan kemenangan kelima dan keenam Ogiwara dalam musim 2025 mengekalkan rekod sempurna beliau setakat ini. Dengan prestasi konsisten ini Ogiwara semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam kejuaraan dan menunjukkan potensi besar untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam dunia perlumbaan motosikal.
Ryota Ogiwara kini berada di tahun kedua dalam Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) 2025. Tahun ini dia menunjukkam prestasi yang sangat konsisten. Jelas di tahun pertama dia di ATC telah banyak mengumpul pengalaman untuk menjadi matang dan semakin dominan.
Sebelum menyertai ATC, Ryota Ogiwara berlumba di kejohanan nasional Jepun khususnya dalam kategori yang lebih rendah seperti J-GP3 atau kelas junior di Jepun. Dia juga aktif dalam beberapa siri perlumbaan bawah umur yang menjadi platform pembangunan pelumba muda di Jepun yang membantunya mengasah kemahiran sebelum melangkah ke peringkat ATC.
The post Ogiwara Tiada Saingan Di Asia. appeared first on TW Media.
