OGX Group rancang IPO di Pasaran ACE perluas operasi perniagaan IT serantau

TechnologyBusiness & Finance
29 Aug 2025 • 9:45 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

OGX Group rancang IPO di Pasaran ACE perluas operasi perniagaan IT serantau

image is not available

29/08/2025 - 09:45

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 29 OgosOGX Group Bhd, penyedia penyelesaian infrastruktur teknologi maklumat (IT), merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan (IPO) bagi mengukuhkan kedudukan perniagaannya di Malaysia dan Asia Tenggara.

Syarikat itu berkata, hasil daripada IPO akan digunakan untuk menyokong pengembangan perniagaan, keperluan modal kerja, pembayaran balik pinjaman bank serta memperkukuh portfolio pengedaran dan penyelesaian IT syarikat.

OGX ketika ini mengedarkan perkakasan dan perisian IT daripada 17 jenama antarabangsa termasuk HPE-Aruba, Sangfor, Vertiv dan Tenable dengan pelanggan utama terdiri daripada penyepadu sistem yang membekalkan perkhidmatan kepada kerajaan, sektor perusahaan dan telekomunikasi.

“IPO tersebut merangkumi terbitan awam 150 juta saham baharu, mewakili 20% daripada modal saham diperbesar syarikat, serta tawaran penjualan 75 juta saham sedia ada pada harga yang akan ditentukan kemudian.

“Hasil daripada tawaran penjualan itu akan diperoleh sepenuhnya oleh dua pemegang saham iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif, Tan Tin Fong dan Pengarah Urusan, Tan Suan Loong.

“Selepas penyenaraian, pegangan Ting Fong akan berkurangan kepada 35.7% daripada 51%, manakala pegangan Suan Loong susut kepada 34.3% daripada 49%,” kata OGX dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Daripada jumlah saham baharu, sebanyak 37.5 juta unit diperuntukkan kepada orang awam Malaysia, 18.75 juta kepada individu yang layak, 75 juta untuk pelabur terpilih dan baki 18.75 juta lagi kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2024, OGX mencatat keuntungan bersih RM8.07 juta dengan hasil RM172.47 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 29 Februari 2025, syarikat merekodkan keuntungan bersih RM12.77 juta dengan hasil RM133.41 juta, didorong permintaan kukuh terhadap penaiktarafan infrastruktur IT. - DagangNews.com

standard