“Oh, Mahathir!” – Bekas Kru Malaysia Airlines Kongsi Kenangan Malaysia Dikenali Di Honolulu

LocalOpinion
8 Aug 2026 • 10:30 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Oh, Mahathir!” – Bekas Kru Malaysia Airlines Kongsi Kenangan Malaysia Dikenali Di Honolulu

Kuala Lumpur – “I’m from Malaysia.” Tiga perkataan itu pernah membawa kepada satu reaksi yang cukup membanggakan bagi seorang bekas kru Malaysia Airlines ketika berada jauh dari tanah air.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau berkongsi pengalaman ketika berada di Lapangan Terbang Honolulu, Amerika Syarikat, yang sehingga kini masih diingatinya.

Menurutnya, beliau membesar dalam satu tempoh apabila nama Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu sinonim dengan Malaysia, termasuk ketika beliau menyertai dunia pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia Airlines.

Bermula Dengan Uniform Malaysia Airlines

Ketika bergelar kru Malaysia Airlines, beliau berpeluang membawa nama Malaysia ke seluruh dunia.

Antara kenangan yang paling diingatinya berlaku selepas selesai satu penerbangan di Honolulu.

Ketika itu, beliau bersama beberapa rakan kru berjalan turun dari eskalator dalam uniform Malaysia Airlines.

Tidak lama kemudian, orang ramai mula memandang mereka sebelum ada yang menepuk tangan.

Menurutnya, mereka turut memuji uniform yang dipakai.

Namun, keadaan berubah apabila orang ramai mengetahui mereka datang dari Malaysia Airlines.

“Oh… Malaysia! Mahathir!”

Beliau berkata, selepas mengetahui mereka dari Malaysia Airlines, reaksi orang ramai ketika itu cukup mengejutkan.

“Oh… Malaysia! Mahathir!”

Kenangan tersebut membuatkan beliau berasa bangga.

Baginya, pengalaman itu menunjukkan bagaimana nama Malaysia ketika itu begitu dikenali di luar negara sehingga seorang pemimpin Malaysia turut menjadi antara nama yang dikaitkan dengan negara ini.

“Bukan kerana mereka mengenali saya. Bukan kerana mereka mengenali crew-crew itu secara peribadi. Tetapi kerana di mata mereka, Malaysia sudah ada nama.”

Satu Zaman Yang Sukar Dilupakan

Beliau menegaskan perkongsian itu bukan bertujuan untuk membincangkan politik semasa, sebaliknya sekadar berkongsi satu kenangan peribadi yang pernah dilaluinya sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, ada satu zaman apabila seseorang hanya perlu berkata, “I’m from Malaysia”, dan orang yang ditemui di luar negara akan tersenyum sambil menyebut nama Mahathir.

“Oh, Mahathir.”

“Itulah kenangan saya. Itulah zaman yang saya lalui,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana pernah menjadi sebahagian kecil daripada perjalanan Malaysia Airlines, berjalan di seluruh dunia dengan uniform MAS dan membawa nama Malaysia bersama.

“Bangga Menjadi Anak Malaysia”

Perkongsian itu turut disertakan dengan video yang asalnya dikongsikan melalui akaun Instagram rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad, @chedetofficial, yang memaparkan beliau di Masjid Negara pada 7 Ogos 2026.

Bagi bekas kru berkenaan, pengalaman tersebut menjadi satu kenangan tentang bagaimana nama Malaysia pernah disebut dengan penuh pengiktirafan ketika berada jauh dari tanah air.

“Bangga menjadi anak Malaysia.” – The Malaysian update

The post “Oh, Mahathir!” – Bekas Kru Malaysia Airlines Kongsi Kenangan Malaysia Dikenali Di Honolulu appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved