Aishwarya tolak babak intim dengan Brat Pitt

Entertainment
8 Aug 2026 • 8:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aishwarya tolak babak intim dengan Brat Pitt

PELAKON terkenal Bollywood, Aishwarya Rai pernah menolak tawaran untuk melakonkan watak Helen Of Troy dalam filem popular Troy.

Menurut bekas Ratu Cantik Dunia 1994 itu, ketika itu dia dalam perbincangan untuk melakukan debut di Hollywood sekitar tahun 2003.

“Saya ditawarkan untuk membintangi tiga buah filem di Hollywood ketika itu. Salah satunya adalah Troy.

“Saya ditawarkan untuk membawa watak Helen Of Troy. Tetapi bila saya baca skrip, terdapat banyak babak panas.

“Saya faham kepentingan babak tersebut tetapi saya tidak selesa untuk melakukannya. Saya tolak tawaran tersebut,” katanya dalam satu program bual bicara.

Difahamkan, Aishwarya turut ditawarkan watak Breseis di mana dia sepatutnya berpasangan dengan Brad Pitt. Namun, dia tetap teguh dengan pen­diriannya untuk tidak melakukan babak intim.

Brad Pitt pernah me­nge­luar­kan kenyataan bahawa dia kesal kerana tidak dapat bergandingan dengan Aishwarya dalam filem tersebut.

Watak Helen akhirnya dilakonkan oleh aktres dan model asal Jerman, Diane Kruger, manakala watak Breseis pula diberikan kepada pelakon Australia, Rose Byrne.

Video temu bual Aishwarya bersama hos David Frost itu kembali tular dalam media sosial gara-gara filem The Odyssey sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Dalam filem itu, pelakon kulit hitam, Lupita Nyong’O dipilih memegang watak Helen Of Troy.

Pemilihannya memegang watak sebagai wanita tercantik di dunia itu menjadi topik perdebatan dalam kalangan netizen.

The post Aishwarya tolak babak intim dengan Brat Pitt appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved