[VIDEO] Bergaduh tengah lebuh raya punca trafik arah selatan sesak

8 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Bergaduh tengah lebuh raya punca trafik arah selatan sesak

PETALING JAYA – Tindakan beberapa individu dipercayai bertengkar di tengah Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran Seremban mencuri perhatian pengguna jalan raya hari ini.

Kejadian itu tular selepas beberapa rakaman dikongsikan di media sosial memaparkan sekumpulan individu berada di atas lebuh raya ketika keadaan trafik sedang sesak.

Menerusi rakaman tersebut, sekurang-kurangnya tiga individu terdiri daripada pemilik kereta jenis Ferrari dan Perodua Aruz termasuk seorang penunggang motosikal dilihat berada di tengah laluan, dipercayai selepas berlaku perselisihan faham.

Situasi berkenaan turut menyebabkan beberapa pengguna lebuh raya terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui lokasi kejadian.

Seorang pengguna Threads mendakwa pertengkaran itu menjadi antara faktor trafik di lokasi berkenaan semakin perlahan apabila terdapat pengguna memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kejadian.

“Punca sesak! Dia boleh bergaduh pula tengah-tengah lebuh raya,” tulisnya.

Sementara itu, seorang individu yang mendakwa dirinya antara penunggang motosikal dalam rakaman tersebut tampil menjelaskan kejadian.

“Aku tu yang naik motor (motosikal) tu. Tukang leraikan pergaduhan. Boleh pula bergaduh atas lebuh raya tu. Puncanya Ferrari tukar lorong secara tiba-tiba ke kiri,” dakwanya.

Dalam pada itu, pengguna lain turut menegur sikap pemandu di laluan bertentangan yang didakwa memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat kejadian.

“Yang jalan sebelah pun ‘kepochi’ lagi, padahal tak gaduh dekat lorong itu pun. Memang jem,” kata Arif.

“Kesesakan dari selepas kawasan Seremban dan melibatkan kedua-dua arah lebuh raya lagi,” tulis Esya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Bergaduh tengah lebuh raya punca trafik arah selatan sesak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved