
Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah terkejut melihat sahabat baiknya iaitu Cik Epal menangis teresak-esak selepas bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.
Sebak lihat Cik Epal menangis
“Ojen cakap ya betul anak-anak kau semua rindu kau, dia orang kecil lagi tak tahu apa berlaku, tapi bila besar dia orang akan tahu Mun apa yang berlaku dekat mak dia.
“Macam mana kuatnya mak dia orang defend diri dan betapa strugglenya cari rezeki demi Han & Yuki. Aku nampak Mun semua orang nampak dan saksi betapa seorang Cik Epal kerja keras kan?
“Kita ada mata kita ada hati kita ada akal kita tahu beza Mun, kau tak payah cakap apa apa pun kitorang nampak.
Hati seorang ibu yang rindukan anak
“Wanita yang korang nampak selama ni cuba untuk senyum hari ini rebah dalam airmata. Aku sebagai seorang kawan kau, akan cuba sedaya upaya untuk buat kau senyum, bahagia, kaya dan berjaya. Itu janji aku Mun,” coretnya.

