OKT meninggal dunia ketika terima rawatan

1 Oct 2023 • 3:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azri Ahmad

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia ketika menerima rawatan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, OKT berumur 43 tahun itu sebelum ini ditangkap di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"OKT berkenaan ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.

"Kira-kira jam 11 malam, OKT mengadu sakit dada sebelum penolong pegawai perubatan terlibat dari Hospital Kuala Lumpur hadir untuk memberikan rawatan awal sebelum OKT kemudiannya disahkan meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca kematian.

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes terbabit," katanya.