Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia selepas mengadu sakit dada

1 Oct 2023 • 2:14 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang tahanan lelaki warga Sri Lanka telah disahkan meninggal dunia di lokap berpusat Jinjang, ibu pejabat polis Daerah Sentul, jam 11 malam tadi selepas mengadu sakit dada.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis (JIIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 43 tahun itu telah ditahan pada 23 September lalu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pada 30 September, kira-kira 11 malam, si mati telah mengadu sakit dada dan pihak hospital segera dihubungi. Penolong pegawai perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur, telah hadir memberikan rawatan awal dan mengesahkan kematian,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di HKL bagi mengetahui punca kematian.

'Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Amn akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,'' katanya. - 1 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved