Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia dalam lokap di Jinjang

1 Oct 2023 • 9:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seorang warga Sri Lanka yang ditahan bagi membantu kes bunuh rakan senegara, meninggal dunia malam tadi di lokap berpusat Jinjang Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 43 tahun itu mengadu sakit di bahagian dada pada 11 malam dan pihak polis segera menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Penolong pegawai perubatan HKL telah hadir bagi memberi rawatan awal dan mengesahkan kematian tahanan tersebut,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya bedah siasat akan dijalankan di HKL bagi menentukan punca kematian dan jabatan beliau akan menjalankan siasatan berkaitan kematian itu.

Difahamkan tahanan tersebut ditangkap 23 Sept lepas bagi membantu siasatan kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini pada 22 Sept. - Bernama