
PETALING JAYA – Orang ramai mempersiapkan mental dan fizikal untuk menempuh hari-hari pada bulan ini berikutan tiada cuti umum yang boleh ‘dinikmati’ sepanjang Oktober 2026.
Selain ketiadaan cuti umum untuk tempoh 31 hari, mereka juga bakal ‘menempuh’ empat kali Isnin yang mana ramai mengaitkan hari tersebut dengan ‘Monday blues’ atau perasaan malas, murung, lesu atau tidak bersemangat.
Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, ada yang menyifatkan bulan ini merupakan tempoh yang panjang serta merancang mengambil cuti tahunan memandangkan ketiadaan cuti umum pada bulan Oktober.
“Disebabkan tiada public holiday (cuti umum), kita ganti dengan annual leave (cuti tahunan). Semoga berjaya korang,” kata pengguna Thread Suhail_aiman.
“Sah, Oktober adalah bulan paling panjang untuk tahun 2026,” komen pengguna Thread Sfwhysf.
Bagi mereka yang bekerja di Selangor pula mengucapkan syukur kerana masih boleh menikmati Hari Kelepasan Am Gantian sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor pada 26 Oktober ini.
“Orang Selangor ada satu public holiday,” komen Ainulafiqah.
“Geng kerja di Selangor ada satu public holiday pada 25 Oktober Ahad, maka Isnin cuti, yeay,” kata Aizadizzuddin.
Selain itu, ada juga yang tidak kisah dengan istilah ‘Monday blues’ memandangkan hari berkenaan mereka bercuti.
“Saya cuti hari Isnin, jadi tiada ‘Monday blues’ hahaha,” kata Lqmnhkim1710. – KOSMO! ONLINE
The post Oktober paling panjang, tiada cuti umum, 4 kali Isnin appeared first on Kosmo Online.





