
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sabtu lalu (22 Februari), tular mengenai seorang lelaki warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) buta ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke kawasan rel di stesen transit aliran ringan (LRT) Star Titiwangsa.
Pada hari kejadian, Pusat Panggilan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38 pagi melalui sistem MERS-999 yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di bawah rel kereta api.
Kejadian itu juga telah meraih perhatian ramai orang yang mempersoal bagaimana ia boleh berlaku dan apakah puncanya.
Menteri Pengangkutan nafi kegagalan sistem keselamatan punca OKU maut di stesen LRT
Terbaharu, Kementerian Pengangkutan menegaskan insiden kematian warga emas cacat penglihatan itu bukanlah berpunca daripada kegagalan sistem keselamatan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya yakin Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang (PIES) berfungsi dengan baik kerana tren terbabit berhenti sejurus pelanggaran berlaku.
“Kalau apa-apa objek jatuh dalam trek pun, secara automatik sistem shut down (tutup), tetapi agak menyedihkan apabila tren sampai, dia (mangsa) sudah jatuh dalam trek, sistem tidak sempat shut down, menyebabkan tren itu terus melanggar penumpang terbabit.
“Saya tidak akan merumuskan apa punca kejadian sehingga siasatan selesai, tetapi sudah tentu bukannya kegagalan sistem,” katanya dipetik Harian Metro.
Loke umum langkah penambahbaikan keselamatan, elak kejadian sama berulang
Dalam masa sama, Loke turut mengumumkan langkah penambahbaikan keselamatan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pintar di setiap stesen serta perancangan memasang Platform Screen Doors (PSD) di semua laluan LRT bagi mengelak kejadian serupa berulang.
“Tak salah saya, bagi Ampang Line (LRT Laluan Ampang) antara LRT yang lama. Sepanjang stesen laluan itu pun tiada pintu (PSD) yang menjadi penghadang antara stesen dengan tren.
“Jadi, ini sesuatu yang ingin kita tambah baik sesudah lebih 20 tahun, sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa serta (perlu) dilakukan secara berfasa,” katanya lagi.
Source:


![“Ini Pendidik Sebenar” – Guru Jadikan Lagu Viral Sebagai Cara Ajak Murid Berzikir Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
