OKU pendengaran genggam Ijazah Sarjana Pengajian Quran, Sunnah

3 Nov 2026 • 8:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: OKU pendengaran genggam Ijazah Sarjana Pengajian Quran, Sunnah

NILAI – Seorang gadis membuktikan keterbatasan pendengaran bukan penghalang baginya menamatkan pengajian untuk meraih segulung ijazah walaupun berdepan cabaran sebagai mahasiswa orang kurang upaya (OKU).

Lebih manis apabila Syaza Athirah Sailan@Sazali, 27, turut menerima Anugerah Khas Yayasan Faqeh sempena Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.

Anak jati Muar, Johor itu menerima Ijazah Sarjana Pengajian Quran dan Sunnah sekali gus membuktikan keterbatasan yang dialaminya tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus menuntut ilmu.

“Saya mengakui mempunyai kekurangan pada diri, namun ia tidak pernah menjadikan alasan untuk saya mengejar kejayaan.

“Ditambah dengan sokongan daripada penyelia, Prof. Madya Dr. Nurul Asiah Fasehah Muha­mad dan Dr. Mohd Nur Adzam Rasi, turut menjadi antara kekuatan yang membantu saya meneruskan pengajian dengan lebih yakin tanpa tekanan berlebihan,” katanya ketika dihubungi.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, persekitaran akademik yang memahami ke­perluan pelajar OKU amat pen­ting bagi memastikan golongan itu turut mendapat peluang untuk berkembang dan mencapai potensi masing-masing.

Selain kejayaan akademik, anugerah yang diterimanya me­rupakan pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memperkasakan pendidikan al-Quran dan fardu ain dalam kalangan komuniti OKU.

Antara sumbangannya termasuk penglibatan dalam bahasa isyarat bacaan al-Quran sempena Majlis Konvokesyen USIM 2026, sekali gus membantu membuka ruang kepada komuniti OKU pendengaran untuk menghayati dan mempelajari al-Quran menerusi pendekatan lebih inklusif.-KOSMO! ONLINE.

The post OKU pendengaran genggam Ijazah Sarjana Pengajian Quran, Sunnah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved