Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

31 Jul 2024 • 12:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Atlet lawan pedang Mesir, Nada Hafez mendedahkan dirinya hamil tujuh bulan.

 

Hamil tujuh bulan


Nada memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Kata Nada, penampilan ketiganya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris ini menjadi kenangan indah buat dirinya.

“Apa yang anda lihat ialah dua pemain di podium, sebenarnya tiga! Saya, pesaing dan bayi kecil saya yang belum lahir!

“Saya menulis hantaran ini untuk mengatakan rasa bangga dengan diri kerana memastikan tempat saya di pusingan 16 akhir. Olimpik kali ini berbeza.

“Tiga kali menyertai Olimpik, tetapi kali ini saya membawa seorang peserta Olimpik kecil,” coretnya.

 


Untuk info, Nada menewaskan pemain nombor 10 dunia Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Tartakovsky 15-13 sebelum tewas 7-14 kepada Jeon Hayoung dari Korea Selatan dalam pusingan 16 terbaik di Grand Palais.

Nada bagaimanapun tetap berbangga bukan hanya dengan prestasinya, tetapi juga kerana bersaing semasa mengandung.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nada Hafez (@nada_hafez)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved