Olimpik Paris: Nur Dhabitah Berjaya Mara Ke Separuh Akhir

8 Aug 2024 • 10:28 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mara ke peringkat separuh akhir bagi acara 3 meter (m) papan anjal pada Sukan Olimpik Paris 2024 dalam saingan malam tadi.

Menurut satu laporan Kosmo!, Nur Dhabitah menduduki tempat ke-12 secara keseluruhan selepas berjaya mengumpul 283.65 mata pada pusingan kelayakan.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Beliau memulakan terjunan pertama dengan baik apabila mampu menyamai penerjun China, Chen Yiwen dengan kutipan mata 67.50 berjaya diraih.

Walau bagaimanapun, prestasinya dilihat semakin menurun pada tiga terjunan selepas itu sebelum kembali melengkapkan terjunan kelima dengan meraih 51.15 mata.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Namun, kedudukan ke-12 keseluruhan yang dicapai Nur Dhabitah sudah memadai bagi melengkapkan 18 penerjun ke peringkat seterusnya.

Separuh akhir bagi acara 3 m papan anjal itu dijadualkan berlangsung di Paris Aquatics Centre pada Khamis. Sebelum ini, beliau telah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dengan 326.15 mata dalam penyertaannya di Olimpik Tokyo 2020.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Kedudukan itu hanya dipisahkan dengan perbezaan 17.6 mata berbanding pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Beliau juga pernah memenangi pingat Perak dalam acara 3 m papan anjal seirama bersama atlet terjun negara, NG Yan Yee di sukan Asia 2022.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Fitrie Muhamad)