Olimpik Paris: Pearly-Thinaah Bakal Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

31 Jul 2024 • 10:21 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akan berdepan dengan pasangan dari Korea Selatan iaitu Kim So Yeong-Kong Hee Yong pada perlawanan suku akhir Badminton Sukan Olimpik Paris 2024, esok.

Menurut satu laporan Bernama, undian pusingan kalah mati tersebut dilakukan selepas tamat kesemua perlawanan pada peringkat kumpulan bagi acara itu yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Pearly-Thinaah mencipta dua kemenangan luar biasa mengatasi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti untuk mara ke suku akhir selepas tewas kepada pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang juga merupakan juara dunia empat kali.

Pasangan beregu wanita negara itu sebelum ini pernah tewas kepada So Yeong-Hee Yong pada aksi pertembungan satu-satunya mereka secara straight set 14-21, 14-21 dalam perlawanan peringkat kumpulan saingan Jelajah Dunia Akhir 2021.

image is not available

Foto: Facebook Majlis Sukan Negara

Jika mereka berjaya mengatasi gandingan kesepuluh dunia berkenaan, pasangan Korea Selatan berkenaan bakal berdepan dengan Qing Chen-Yi Fan sekali lagi di separuh akhir.

Sementara itu, keputusan undian perlawanan menyaksikan gandingan kedua terbaik dunia, Baek Ha Na-Lee So Hae (Korea Selatan) akan bertemu Liu Cheng Shu-Tan Ning (China) manakala Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Jepun) dijadual membuat perhitungan dengan Maiken Fruergaard-Sara Thygesen (Denmark).

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved