Tular Video Beregu Wanita Indonesia Ditegur Jurulatih, Netizen Anggap Ia Punca Pemain ‘Down’

Entertainment
31 Jul 2024 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, rakyat Malaysia ternyata berbangga dengan kejayaan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang berjaya mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya mengalahkan beregu wanita Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam kemenangan straight set 21-18, 21-9.

image is not available

Walau bagaimanapun, sebuah video yang tular di X memaparkan situasi langsung ketika sesi ‘break’ perlawanan berkenaan semalam telah menarik perhatian ramai, apabila jurulatih Indonesia, Eng Hian dilihat meluahkan kekesalannya terhadap beregu wanita itu.

Dalam video tersebut, Eng Hian kedengaran menegur Siti Fadia dan Apriyani mengenai gaya permainan yang ditampilkan anak buahnya ketika di set kedua.

Kamu sebenarnya mau apa ya di sini, aku juga ga ngerti. Kamu di sini mau menang or mau nyaman-nyaman? Gak jelas.

“Kalau mau buru-buru selesai langsung salaman aja,” katanya dalam nada kecewa.

“Aku rasa silap coach dia berleter macam tu”

Tindakan jurulatih berkenaan yang menegur anak buahnya itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana ada di antaranya bersimpati dengan nasib Apriyani dan Siti Fadia.

Menurut netizen, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh menyebabkan semangat pemain lemah dan kemungkinan menjadi punca beregu berkenaan tewas teruk pada set kedua.

image is not available

Pun begitu, ada juga yang ‘back-up’ jurulatih berkenaan dengan berpendapat kemungkinan besar Eng Hian agak kecewa dan malu dengan prestasi permainan beregu berkenaan yang tidak memuaskan.

image is not available

Apa-apapun terus bersemangat dan jangan putus harapan ya. All the best untuk Prifad!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.