Olimpik Paris: Rizki Juniansyah Hadiahkan Emas Kedua Untuk Indonesia

9 Aug 2024 • 10:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Olimpik Paris: Rizki Juniansyah Hadiahkan Emas Kedua Untuk Indonesia

Paris — Atlet angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah berjaya meraih pingat emas dalam acara 73 kilogram lelaki di Olimpik Paris 2024, Jumaat.

Menurut CNN Indonesia, Rizki berjaya mendapatkan emas kedua bagi Indonesia apabila mencatatkan jumlah bebanan 354 kilogram selepas berjaya mengangkat 155 kilogram dalam acara snatch dan 199 kilogram dalam acara clean and jerk.

Sebelum ini, Rizki gagal mengangkat beban seberat 155 kilogram di peringkat percubaan snatch pertama. Namun, berjaya dalam percubaan kedua. Bagi percubaan ketiga dalam acara yang sama, Rizki gagal mengangkat beban seberat 162 kilogram.

Dalam acara clean and jerk pula, Rizki berjaya mengangkat beban seberat 191 kilogram. Manakala lawan terkuatnya, atlet China Shi Ziyong disahkan tersingkir apabila ketiga-tiga percubaan mengangkat beban seberat 191 kilogram gagal.

Terdahulu, Shi Ziyong dapat mengatasinya dalam acara snatch dengan berjaya mengangkat beban seberat 165 kilogram.

image is not available
Gambar: AFP

Penyingkiran atlet China ini membuka peluang kepada atlet Thailand, Weeraphon Wichuma meraih pingat. Dalam acara clean and jerk, Weeraphon berjaya mengangkat beban seberat 190 kilogram dalam percubaan pertama, 194 kilogram dalam percubaan kedua dan 198 kilogram dalam percubaan ketiga.

Kejayaan berturut-turut atlet Thailand ini menjadikan jumlah mata terkumpulnya menyamai mata terkumpul Rizki ketika itu, 346 kilogram. Namun Rizki berjaya menjarakkan mata terkumpul dengan mengangkat beban 199 kilogram dalam acara clean and jerk, menjadikan mata terkumpulnya 354 kilogram.

Rizki Juniansyah raih emas dan cata rekod baru Olimpik

Aksi Rizki ini turut mencatatkan rekod baru dalam acara clean and jerk angkat berat Sukan Olimpik.

Dengan Rizki meraih pingat emas, Weeraphon Wichuma akur pada kedudukan kedua dengan jumlah mata terkumpul 346 kilogram. Atlet berusia 19 tahun ini turut mencatatkan rekod dunia junior dalam clean and jerk dengan kejayaannya mengangkat beban seberat 198 kilogram. Sementara itu, atlet Bulgaria, Bozhidar Andreev menerima pingat gangsa dengan jumlah beban seberat 344 kilogram.

Kejayaan Rizki ini sememangnya memberi kegembiraan kepada Indonesia selepas atlet memanjat, Veddriq Leonardo mendapatkan emas pertama mereka semalam.