Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

TechnologyDigital
24 Aug 2026 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Segmen telefon pintar boleh lipat semakin mendapat perhatian sebagai produk premium dalam kalangan pengguna, dan permintaannya terus meningkat. Menurut Omdia, penghantaran telefon lipat global dijangka berkembang lebih 20% setahun sehingga 2028, dengan jumlah unit mencecah 36 juta.

Image from: Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Pertumbuhan telefon boleh lipat kini didorong oleh kemunculan rekaan format lebar baharu. Rekaan ini hadir dengan nisbah aspek lebih pendek yang menyerupai tablet apabila dibuka dan buku kecil apabila ditutup.

Berbanding lipat jenis buku biasa, format lebar diyakini mampu meningkatkan kemudahan penggunaan dengan mengurangkan saiz serta berat peranti sambil menyediakan ruang lebih besar untuk produktiviti.

Panel luar yang lebar membolehkan lebih banyak kandungan mendatar dipaparkan, manakala paparan dalam memberikan pengalaman skrin penuh seperti tablet.

Image from: Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Huawei dengan Pura X Max dan Samsung dengan Galaxy Z Fold 8 muncul sebagai pelopor rekaan lipat format lebar. Pada H1 2026, Huawei menguasai pasaran ini dengan pegangan 57%, manakala Samsung mencatat 18%. Secara keseluruhan, kedua-duanya menguasai 75% segmen ini.

HONOR (9%), OPPO (7%) dan vivo (6%) pula masing-masing memegang bahagian lebih kecil, manakala jenama lain sekadar menyumbang sekitar 3%. Angka ini menegaskan dominasi Huawei dalam kategori telefon berformat buku serta kedudukannya sebagai peneraju utama dalam segmen tersebut.

Image from: Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Angka ini menegaskan dominasi Huawei dalam kategori telefon lipat berformat buku serta kedudukannya sebagai peneraju utama dalam segmen tersebut. Dalam masa yang sama, telefon pintar lipat jenis boleh katup mencatat penurunan 47% tahun ke tahu (YoY), sekali gus menunjukkan minat pengguna semakin beralih kepada format buku.

Image from: Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Walaupun jumlah unit terus meningkat, ia masih berada dalam kategori premium kerana kos komponen yang tinggi seperti paparan besar, engsel dan kaca khas. Faktor ini menjadikan harga jualan purata jauh lebih tinggi berbanding telefon biasa atau jenis boleh katup. Selain itu, prestasi kamera dan kos baik pulih turut mendorong kedudukan telefon lipat sebagai segmen khusus pasaran.

Image from: Omdia – Telefon Boleh Lipat Lebar Jadi Trend Baharu

Untuk menarik lebih ramai pengguna, pengeluar perlu menawarkan perkhidmatan tambahan serta membentuk kerjasama strategik bagi menurunkan kos pemilikan. Langkah ini dapat memperlihatkan manfaat penggunaan telefon lipat dengan lebih jelas berbanding telefon konvensional sekali gus membuka ruang kepada penerimaan lebih meluas pada masa hadapan.

Sumber – Omdia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved