OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

LocalCars
7 Aug 2026 • 4:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

OMODA | JAECOO Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV serba baharu, menandakan permulaan baharu bagi barisan crossover premium jenama ini di Malaysia. 

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata, "OMODA C7 melambangkan evolusi seterusnya dalam falsafah produk kami, yang menggabungkan reka bentuk ekspresif, teknologi pintar dan kepraktisan harian untuk memberikan pengalaman pemanduan premium. Kami amat teruja untuk membuka tempahan OMODA C7 di Malaysia dan percaya model ini akan mentakrifkan semula jangkaan pelanggan terhadap sebuah SUV premium dalam segmen harga ini."

Beliau menambah, "Menjelang pelancaran rasminya, pratonton eksklusif di Suria KLCC membolehkan pelanggan serta orang ramai melihat OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV dengan lebih dekat, sambil mengenali reka bentuk, teknologi dan pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkan sebelum pelancarannya." 

Image from: OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

OMODA C7 dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan, dan dianggarkan berharga RM160,000.

Sementara itu, OMODA C7 PHEV menampilkan teknologi Super Hybrid System (SHS) generasi terkini yang menggabungkan enjin 1.5 liter turbo bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT), dan dianggarkan berharga RM180,000.

Harga yang dinyatakan merupakan anggaran awal sebagai panduan sebelum pelancaran rasmi. Harga muktamad akan diumumkan semasa pelancaran rasmi.

Dibangunkan berasaskan falsafah reka bentuk ikonik OMODA, "Art in Motion", OMODA C7 serba baharu menampilkan interpretasi berani terhadap gaya SUV moden. Garisan badan yang berukir kemas serta perkadaran aerodinamik dipadankan dengan rekaan hadapan Shark Nose, lampu LED penuh yang elegan serta motif pencahayaan heksagon bercahaya, menghasilkan penampilan yang futuristik dan penuh keyakinan di jalan raya. 

Image from: OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

OMODA C7 direka khas untuk pelanggan yang mencari sebuah SUV crossover segmen-C yang premium, lengkap dengan pelbagai ciri moden serta dikuasakan oleh rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman yang terbukti berprestasi.

Ruang kabinnya dilengkapi dengan paparan tengah 15.6 inci beresolusi 2.5K, paparan meter digital 8.88 inci, tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, cermin hadapan berkembar (double-glazed) serta pengecas tanpa wayar 50W dengan sistem penyejukan.

Image from: OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

Dari segi praktikaliti, ruang but berkapasiti 614 liter yang mendahului kelasnya boleh diperluaskan sehingga 1,371 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan bersama keluarga mahupun perjalanan jarak jauh.

Selain itu, OMODA C7 turut dilengkapi pakej lengkap Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) serta ciri ketersambungan pintar, sekali gus mengukuhkan komitmen OMODA dalam menggabungkan gaya, inovasi dan kepraktisan dalam setiap produknya.

Image from: OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

Orang ramai yang ingin melihat OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV dengan lebih dekat dijemput mengunjungi pameran eksklusif yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos 2026, setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, di dua lokasi berikut di Suria KLCC:

  • Aras Concourse (bersebelahan Uniqlo) 

  • Aras Ground (bersebelahan Louis Vuitton)

Pengunjung berpeluang meneroka kedua-dua model, mendapatkan penerangan daripada pakar produk, mendaftarkan minat serta membuat tempahan lebih awal sebelum pelancaran rasmi. 

Image from: OMODA C7 & OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

Berlangsung serentak dengan Kuala Lumpur Fashion Week 2026, pameran ini menghimpunkan inovasi automotif, reka bentuk kontemporari serta gaya hidup premium di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan promosi jenama, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi OMODA | JAECOO Malaysia atau melayari laman web rasminya www.omodajaecoo.com.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved