Insta360 X6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Ogos 2026

TechnologyDigital
6 Aug 2026 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 ialah antara jenama kamera aksi yang terkenal dengan produk serba guna. Kini, syarikat itu bersiap sedia untuk melancarkan model baharu, Insta360 X6 pada 12 Ogos 2026. Video promosi rasmi telah dipertontonkan di laman web global Insta360 dan turut dikongsi di saluran media sosial mereka

Image from: Insta360 X6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Ogos 2026

Video promosi tersebut menampilkan fokus kepada peningkatan kualiti rakaman melalui penggunaan sensor 1” dan rakaman 360° beresolusi tinggi. Ia memberikan kebebasan untuk merakam dari pelbagai sudut sambil menunjukkan ketahanan dan fungsi serba guna yang sesuai digunakan dalam situasi serta persekitaran mencabar.

Image from: Insta360 X6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Ogos 2026

Dalam perkembangan terbaharu, kamera aksi ini didedahkan lebih awal melalui nyahkotak yang memperlihatkan ciri serta spesifikasi secara terperinci. Antara yang disahkan termasuk rakaman video 360° beresolusi 8K, kemampuan kalis air sehingga 20meter serta PureVideo Mode yang direka khusus bagi meningkatkan prestasi dalam keadaan pencahayaan rendah.

Image from: Insta360 X6 Bakal Dilancarkan Pada 12 Ogos 2026

Kamera ini akan turut menawarkan hayat bateri sehingga 140 minit yang membolehkan penggambaran lebih lama tanpa perlu kerap dicas. Selain itu, ia hadir bersama beberapa aksesori seperti tongkat swafoto khas sepanjang 114 cm yang tidak kelihatan dalam rakaman 360° serta penutup lensa silikon untuk perlindungan tambahan.

Sama ada benar atau tidak hanya pelancaran rasmi mampu menjawabnya. Nantikan pengumuman penuh bersama harga jualan rasmi. Untuk makluman, model X5 sebelum ini dijual di Malaysia dengan harga bermula sekitar RM2,499 bergantung pada pakej yang ditawarkan.

Sumber – Insta360

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved