Omoda Jaecoo lepasi 30,000 unit jualan kereta di Malaysia sejak dilancarkan pada Julai 2024

LocalCars
8 May 2026 • 5:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Omoda Jaecoo lepasi 30,000 unit jualan kereta di Malaysia sejak dilancarkan pada Julai 2024 Image from: Omoda Jaecoo lepasi 30,000 unit jualan kereta di Malaysia sejak dilancarkan pada Julai 2024 liza08/05/2026 - 17:28 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 8 Mei – Omoda Jaecoo mencatat pencapaian penting di Malaysia apabila berjaya melepasi 30,000 unit jualan terkumpul sejak pelancarannya pada Julai 2024 yang mengukuhkan kedudukannya dalam segmen automotif bukan nasional yang semakin kompetitif.

 

Pencapaian ini mencerminkan pertumbuhan pesat jenama tersebut dalam tempoh yang singkat dengan permintaan yang terus meningkat daripada pengguna tempatan yang semakin cenderung kepada kenderaan moden berteknologi tinggi serta berorientasikan gaya hidup.

 

Di peringkat global, Omoda Jaecoo turut merekodkan pengembangan yang signifikan apabila berjaya memasuki 64 pasaran di seluruh dunia dalam tempoh kurang tiga tahun, mencerminkan strategi antarabangsa yang agresif.

 

Selain itu, jenama ini turut mencapai jualan terkumpul global sebanyak satu juta unit yang menunjukkan penerimaan positif terhadap pendekatan reka bentuk, inovasi teknologi serta penawaran mobiliti tenaga baharu yang diketengahkan.

 

Di Malaysia, Omoda Jaecoo juga dilaporkan berada dalam kelompok tiga teratas jenama automotif bukan nasional berdasarkan prestasi jualan semasa tahun ini, didorong oleh peningkatan permintaan dalam segmen SUV dan kenderaan berteknologi elektrifikasi.

 

Antara model yang menyumbang kepada pencapaian tersebut termasuk Omoda J5, Omoda J7 PHEV, Omoda J8 serta Omoda C9 yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna daripada segmen urban hingga premium.

 

Model-model berkenaan memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan jenama di pasaran tempatan, khususnya melalui gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar dan pilihan sistem hibrid serta plug-in hybrid.

 

t

 

Ketua Omoda Jaecoo Malaysia, Chris Tan berkata pencapaian tersebut merupakan hasil usaha kolektif semua pihak termasuk pelanggan, rakan kongsi dan rangkaian pengedar yang terus memberikan sokongan berterusan sejak jenama itu memasuki pasaran tempatan.

 

“Kepercayaan pelanggan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan pesat jenama ini selain peranan penting rangkaian pengedar dalam memperluas akses serta meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Syarikat itu turut menegaskan komitmennya terhadap elektrifikasi dan mobiliti pintar sebagai hala tuju masa depan, selaras dengan perubahan trend global yang semakin menumpukan kepada teknologi hijau dan penyelesaian tenaga baharu.

 

Dalam masa yang sama, Omoda Jaecoo terus memperkukuh strategi pengembangan produk dengan memperkenalkan lebih banyak model baharu yang disesuaikan mengikut keperluan pengguna yang semakin pelbagai di Malaysia.

 

Melangkah ke hadapan, jenama ini dijangka terus memperluaskan portfolio kenderaan serta teknologi inovatif bagi mengekalkan momentum pertumbuhan di pasaran tempatan, di samping memperkukuh kedudukannya di peringkat global dalam industri automotif yang semakin kompetitif. - DagangNews.com

Terkini standard