One Cent Thief 2: “Makin Lama Makin Menjadi! Tak Puas Tengok” - Lakonan Mantap Syafiq Kyle Jadi Hacker Dipuji Netizen

18 Feb 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lakonan, aktor Syafiq Kyle menerusi drama bersiri Astro Original, One Cent Thief musim kedua (OCT2) menerima pujian ramai di media sosial.


Ramai suka Syafiq jadi Iman Shah

Biarpun ini merupakan siri kedua, namun Syafiq yang membawakan watak sebagai Iman Shah ternyata sekali lagi berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Malah musim baharu ini juga memberikan satu kelainan tentang watak Iman kerana dia menjadi lebih complex dan intense.

Antara komen yang diterima adalah:
image is not available

image is not available

 

 

 

Selain Syafiq, ‘One Cent Thief’ musim kedua dibintangi oleh Azira Shafinaz , Faizal Husin , Fabian Loo, Sofia Jane, Trisha Ooi , Syarul Izani dan juga Shashi Taran.

Drama siri yang berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Seri Angkasa ini merupakan hasil sentuhan show runner, Ariff Zulkarnain dan juga pengarah asal, Alfie Palermo.

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, OCT2 bersiaran setiap Jumaat di On Demand dan Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakala jam 9 malam di Astro Cita (saluran 108), serta hari Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.