ONE Championship: Prajanchai laung amaran, minta Aliff Rakib 'bersedia'

4 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

ONE Championship: Prajanchai laung amaran, minta Aliff Rakib 'bersedia'

Khabar angin kuat sebelum ini mengatakan ada kemungkinan juara dunia Muay Thai ONE Championship kategori Strawweight, Prajanchai Pongsuphan, terpaksa menarik diri dari menentang petarung negara, Aliff Rakib, di perlawanan penentuan kejuaraan.

Namun semua sudah terjawab apabila Prajanchai secara peribadi sudah melaung amaran kepada Aliff untuk bersedia dan berjaga-jaga menjelang pertemuan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember di The Inner Circle 43.

"Aliff, pastikan awak buat persiapan dengan rapi, kita akan berjumpa pada 18 Disember ini." kata Prajanchai di laman Instagram ONE Championship.

 

 

    View this post on Instagram           

 

Aliff pula berkobar-kobar untuk merampas tali pinggang Strawweight Muay Thai yang sebenar selepas kini dia hanya digelar sebagai juara interim.

Perlawanan yang diimpi-impikan sejak sekian lama sudah menjadi kenyataan dan kini hanya selangkah untuk merealisasikannya, hanya satu permintaan Aliff iaitu untuk rakyat Malaysia ramai-ramai turun ke Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand untuk beri sokongan.

"InsyaAllah 18 haribulan 12 saya akan lawan Prajanchai -- saya nak semua datang stadium untuk tengok saya bawa balik tali pinggang yang sebenar, InsyaAllah Malaysia boleh." ujar Aliff.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved