One UI 6.1.1 Mula Diterima Pengguna Malaysia – Membawakan Ciri AI Terkini

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 2:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemas kini One UI 6.1.1 kini mula diterima pengguna peranti siri Samsung Galaxy S24 di Malaysia hari ini. Ia mula diberikan oleh Samsung secara berperingkat beberapa hari yang lalu. Samsung memberikan One UI 6.1.1 kepada pemilik peranti siri Galaxy S24, siri Galaxy S23, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5 dan siri Galaxy Tab S9. Menerusi kemas kini ini, kesemua peranti yang disenaraikan tadi menerima ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

image is not available

Antaranya ialah kemampuan menggunakan mod Interpreter di dwi-skrin pada peranti skrin boleh lipat, Note Assist, Composer, Sketch to Image, Circle to Search boleh menjawab soalan matematik, dan Portrait Studio. Pada ketika ini kemas kini sudah diterima pengguna di Korea Selatan. Sila pergi ke tetapan peranti dan tekan menu Software Update untuk melihat sama ada peranti anda sudah menerima One UI 6.1.1.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved