Samsung Mula Memberikan Kemaskini One UI 6.1.1

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung mula memberikan kemas kini One UI 6.1.1 kepada pemilik peranti siri Galaxy S24, siri Galaxy S23 series, Galaxy S23 FE, Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5 dan siri Galaxy Tab S9. Menerusi kemas kini ini, kesemua peranti yang disenaraikan tadi menerima ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6.

image is not available

Antaranya ialah kemampuan menggunakan mod Interpreter di dwi-skrin pada peranti skrin boleh lipat, Note Assist, Composer, Sketch to Image, Circle to Search boleh menjawab soalan matematik, dan Portrait Studio. Pada ketika ini kemas kini sudah diterima pengguna di Korea Selatan. Proses kemas kini dilakukan secara berperingkat dan pengguna di Malaysia masih belum menerima semasa artikel ini ditulis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved