OnePlus 13 Dan 13R Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 13 dan OnePlus 13R telah ditemui di laman pensijilan SIRIM sekaligus memberi petanda boleh ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd dengan kod nama CPH2653 (OnePlus 13) dan CPH2645 (OnePlus 13R) sejak pertengahan Oktober lalu. Penemuan ini membuktikan bahawa OnePlus sememangnya masih serius dengan pemasaran peranti mereka di Malaysia. Seterusnya mampu mempelbagaikan jenis peranti yang boleh dipilih pengguna kelak.

image is not available

Antara ciri dan fungsi yang disahkan akan menguasai OnePlus 13, termasuklah cip Snapdragon 8 Elite, sokongan sistem pengecasan magnetik, tri-sensor 50MP dengan sistem Hasselblad dan menjalankan OxygenOS 15 bersama ciri AI dipertingkatkan. Namun tidak dapat dipastikan pula untuk spesifkasi pada model OnePlus 13R. OnePlus bagaimanapun dijangka boleh menggunakan strategi yang sama dengan generasi terdahulu OnePlus 12R melalui gabungan perkaksan dalaman berkualiti serta sistem kamera Hasselblad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved