OnePlus Menawarkan Jaminan Seumur Hidup Untuk Masalah Skrin Hijau Tetapi Hanya Di India

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lepas, OnePlus akhirnya mengaku akan masalah lightsaber hijau pada skrin peranti pelanggan mereka kerana mula menawarkan jaminan seumur hidup. Masalah ini adalah satu garisan muncul pada skrin peranti dan lama-kelamaan skrin akan terus mati. Terbaru, OnePlus mengumumkan program penggantian skrin percuma pula.

image is not available

Program ini hanya melayakkan peranti OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, dan OnePlus 9R iaitu antara empat yang kerap berlakunya masalah skrin hijau. Program ini turut menjanjikan penukaran skrin sepanjang hayat. Skrin yang digantikan turut adalah komponen baharu yang direka semula khusus untuk pengguna di India. OnePlus turut terpaksa kerap berhubung dengan pembekal serta pengilang hanya untuk mendapatkan bekalan skrin kerana kebanyakan stok tidak lagi dikeluarkan.

OnePlus turut akan menyemak secara mendalam peranti pengguna, menukar skrin ke versi baharu dan turut akan membersihkan peranti dari luar dan dalam untuk ia berfungsi dan bertahan lebih lama. Buat masa ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna India di bawah kelab kesetiaan Red Cable dan mungkin akan dikembangkan ke Amerika Syarikat. Di Malaysia masalah sama turut berlaku pada siri OnePlus 8 dan beberapa siri OnePlus 9 tetapi Oppo Malaysia tidak menawarkan program yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved