OnePlus Nord 4 Dilancarkan Dengan Snapdragon 7+ Gen 3 dan Sokongan Perisian 6 Tahun

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 10:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus Nord 4 telah dilancarkans secara rasmi semalam dengan ia adalah sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip Snapdragon 7+ Gen 3. Ia turut hadir dengan skrin 6.74″ Super Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri 5500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

image is not available

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula kamera swafoto hadir dengan lensa 16MP yang diletakkan pada lubang skrin. Peranti mempunyai tubuh dan bingkai yang diperbuat daripada logam sepenuhnya. Ia juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP65.

image is not available

Sistem operasi yang digunakan ialah Oxygen OS 14.1 berasaskan Android 14. Yang menarik di sini ialah OnePlus berjanji menawarkan sokongan kemas kini empat versi Android dan tampalan sekuriti pula selama enam tahun. Kerana ia sebuah peranti moden, terdapat juga beberapa ciri AI seperti AI Groupfie,AI Audio Summary, AI Eraser, AI Article Summary dan AI Clear Face.

image is not available

OnePlus Nord 4 dijual pada harga seperti di bawah dalam pilihan warna Mercurial Silver, Oasis Green, dan Obsidian Midnight.

  • OnePlus Nord 4 (12/256GB) – ~RM 2600
  • OnePlus Nord 4 (16/512GB) – ~RM 2905

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved