OnePlus Mengacah Pengecas Magnetik 50W AirVOOC Untuk OnePlus 13

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 3:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengecas magnetik sejak kebelakangan ini menjadi semakin popular di kalangan pengguna iPhone dan juga pengguna peranti gaming Android. Ia mudah digunakan dengan pengecas dilekatkan di belakang peranti dan biasanya akan ada kipas penyejuk disertakan sekali. Terbaru, OnePlus telah memperlihatkan pengecas mereka.

image is not available

AirVOOC adalah jenama pengecas nirwayar Oppo dengan sistem penyejukan terbina yang kali pertama dilancarkan pada tahun 2020. Untuk OnePlus, ia menggunakan rekaan sama dengan Oppo cuma terdapat elemen warna merah ikonik OnePlus pada tubuh aksesori ini. Ia digelar sebagai 50W AirVOOC dan boleh mengecas peranti dari 0% ke 100% dalam masa yang singkat iaitu kurang 30 minit.

OnePlus 50W AirVOOC ini dilihat sama dengan aksesori Oppo yang dikatakan turut boleh digunakan bersama iPhone melalui MagSafe. Di Malaysia, pengeluar peranti jarang menawarkan pengecas nirwayar pantas kerana harga yang mahal dan penggunaan yang tidak meluas. Sebagai pencinta teknologi, saya sangat berharap aksesori ini akan ditawarkan dengan harga yang masuk akal.