Google telah pun memperkenalkan Android 15 secara rasminya, termasuk mula menawarkan kemaskini berkenaan untuk pengguna peranti Pixel. Selain Google, Vivo turut telah mula menawarkan kemaskini, dan kini pelbagai pengeluar lain turut berlumba memperkenalkan kemaskini masing-masing.

Terbaru, OnePlus secara rasminya mengumumkan mereka akan memperkenalkan OxygenOS 15 pada 24 Oktober 2024 kelak. Melalui video acah yang dikongsikan, OnePlus mengatakan OxygenOS 15 akan mengabungkan penawaran memfokuskan kelajuan, selain integrasi kecerdasan buatan.
Mengikut spekulasi ramai juga, OnePlus turut dijangka memperkenalkan sedikit perubahan pada antaramuka sistem operasi OxygenOS melalui kemaskini terbaru ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Oktober ini, untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh OnePlus melalui penawaran ini.
#OxygenOS15, a breath of fresh air, coming soon! Stay tuned. #OOS15 pic.twitter.com/YjgvqJQu4o
