Saintis Menemukan Gen Yang Boleh Membantu Merawat Kanser Pankreas

WorldTechnologyDigitalSpace
16 Jul 2024 • 1:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kanser pankreas ialah antara 12 kanser yang paling kerap berlaku dengan ia menyebabkan 50% pesakit meninggal tiga bulan selepas ia dikesan. Isu dengan kanser pankreas ialah ia jarang dapat dikesan dengan awal menyukarkan rawatan diberikan. Kini penyelidik dari University of Nottingham, Stanford University, University of California dan Pusat Perubatan Cedars-Sinai menemukan gen yang diharap dapat membantu rawatan kanser pankreas dilakukan dengan lebih berkesan.

image is not available

Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas. HNF4A adalah penting untuk kesihatan tubuh manusia kerana ia membantu organ berfungsi dengan baik. Ketiadaannya pula mendorong perkembangan kanser pankreas dan menjadikannya lebih agresif.

Dengan gen HNF4A sudah dikenalpasti mampunya hubung kait dengan perkembangan kanser pankreas, saintis boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan rawatan dan mengelakkan ia merebak. Penyelidik berharap pemahaman baharu tentang bagaimana mekanisme ini berlaku akan membantu membuka jalan menghasilkan teknik rawatan baharu yang membantu melawan penyakit ini.

Dalam 80% situasi, kanser ini hanya dikesan apabila sudah terlewat dan ia merebak ke organ lain. Antara mangsa kanser pankreas yang dikenali ramai ialah Steve Jobs, Dr Syed Husin Ali dan Alex Trebek. Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Gastro Hep Advances.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved