OnePlus Pad akan sertai telefon dan fon putik di majlis Cloud 11 pada 7 Februari 2023 ini

Digital
30 Jan 2023 • 3:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Beberapa hari lepas, saluran rasmi Twitter OnePlus Global telah mengutuskan teaser tentang sebuah tablet yang bakal mereka perkenalkan. Perkara ini selari dengan poster acara Cloud 11 yang bakal diadakan. Anda boleh nampak telefon, fon putih dan dibelakangnya ada sebuah tablet.

image is not available

Tentu sekali ini bakal jadi tablet pertama daripada OnePlus.

Tidak seperti OnePlus 11 yang sudahpun dilancarkan di China dan kita boleh merujuk spesifikasi telefon ini berdasarkan produk di sana, dalam kes OnePlus Pad, masih belum ada maklumat konkrit berkenaan spesifikasi yang bakal didukung tablet ini. Hal ini kerana, produk ini juga tiada dalam pasaran China buat masa ini.

Spekulasi ada menyatakan yang ia mirip Oppo Pad 2 yang pernah khabar anginnya bertiup pada hujung tahun 2022 lalu. Antara spesifikasi yang digembar-gemburkan adalah seperti panel paparan 11.6" dengan bateri berkapasiti 10,000mAh.

Jangan lepas lepaskan peluang untuk mengikuti majlis pelancaran OnePlus 11, OnePlus Buds 2, dan tablet ini pada 7 Februari 2023.