OnePlus tawar jaminan sepanjang hayat untuk telefon dengan skrin bermasalah

Digital
10 Aug 2023 • 11:08 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus 8 dan 9 adalah antara model telefon yang menghadapi isu panel paparan bergaris hijau. OnePlus mengakui yang ia bukanlah insiden terpencil sebaliknya masalah terhadap pembekalan komponen itu sendiri. Oleh sebab itu, satu langkah reaktif sedang diambil OnePlus bagi menangani situasi tersebut. Salah satunya adalah mereka memperkenalkan program jaminan hayat untuk skrin telefon yang terlibat.

image is not available
Contoh masalah yang dihadapi pengguna OnePlus

Makanya, pengguna dengan telefon OnePlus tertentu boleh dapatkan penggantian panel paparan secara percuma tanpa sebarang kos.

Walau bagaimanapun, buat model yang telahpun mencapai titik end of life, OnePlus tidak lagi mempunyai skrin yang boleh ditukar sebaliknya pengguna akan diberikan baucar tunai untuk membeli produk-produk mereka yang lebih baharu. Empat model OnePlus yang akan diberikan baucar ialah OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, dan juga OnePlus 9R.

image is not available

Berita yang tak menariknya adalah setakat ini program tersebut hanya ada untuk pasaran India. Jadi, pengguna di Malaysia perlu menanti kerana pastinya ia akan disebar luaskan ke seluruh dunia disebabkan OnePlus bukan sekadar memiliki pengguna setia di India malah di Malaysia juga.

Bacaan berkaitan