POCO M6 Pro 5G Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 4 Gen 2, MIUI14

TechnologyDigital
5 Aug 2023 • 8:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Poco hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Poco M6 Pro 5G di India. Telefon sama dijangka akan dipasarkan pada peringkat global tidak lama lagi.

image is not available

Poco M6 Pro 5G hadir dengan skrin 6.79-inci dengan paparan FHD+ serta panel LCD, kadar segar semula mencapai 90Hz, dijana cip Snapdragon 4 Gen 2, dan hadir dengan pilihan memori 6GB LPDDR4X serta stroran 128GB UFS 2.2.

Untuk rakaman kamera, ia hadir dengan sensor utama 50MP serta 2MP kedalaman, disamping menyertakan kamera hadapan 8MP. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti, serta turut menyertakan bicu audio 3.5mm. Melengkapkan telefon ini adalah bateri 5000mAh serta pengecasan 18W melalui kabel USB-C.

Poco M6 Pro 5G turut hadir dengan Android 13 serta MIUI14.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah POCO akan memasarkan di Malaysia. Di india, Poco M6 Pro 5G ini dijual pada harga bermula Rs10,999, iaitu sekitar RM600.