OnePlus dijangka akan melancarkan satu lagi peranti mercu selain OnePlus 13. Ini bukan perkara mengejutkan kerana untuk pasaran China akan ada versi mampu milik di bawah siri Ace yang akan menjadi siri R di pasaran global. Apa yang mengejutkan adalah, peranti ini dijangka akan hadir dalam saiz mini.

Jelas sekali OnePlus cuba mengikut jejak langkah vivo yang juga di bawah BBK Electronics dengan vivo X200 Mini mereka. Ini kerana peranti mercu mini OnePlus pun dikatakan akan menggunakan skrin OLED 6.31-inci jenis rata, tetapi cip adalah Snapdragon 8 Elite dan bukannya Dimensity 9400. Peranti ini juga masih tidak diketahui akan dipasarkan di bawah siri apa.
Agak menarik untuk melihat OnePlus hadir dengan peranti unik sendiri dan bukan menukar Oppo Find X8 menjadi peranti mereka. vivo X200 Mini dilihat tidak akan dilancarkan di Malaysia, jadi tidak tahu jika OnePlus turut akan mengehadkan jualan peranti ini di China. Apple telah gagal dalam memasarkan peranti berkuasa bersaiz mini, diharapkan iterasi Android dapat menarik perhatian ramai.
