Ulasan Oppo Find X8 Pro – Kembali Mantap Selepas Senyap

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 2:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find X8 Pro ialah telefon pintar mercu baharu yang kembali mantap selepas senyap. Saya katakan begini kerana siri Oppo Find X sememangnya tidak ditawarkan ke pasaran global untuk masa yang agak lama. Dua generasi sebelum ini iaitu siri Find X6 dan Find X7 hanya dijual secara eksklusif untuk pasaran China.

image is not available

Kemudiannya Oppo melancarkan rangkaian skrin boleh lipat sebagai produk utamanya untuk pasaran global termasuk di Malaysia. Oppo melengkapkan telefon ini dengan pelbagai penambahbaikan yang berkaitan reka bentuk, prestasi dalaman, sistem kamera dan juga perisian. Namun mampukah telefon ini memenuhi jangkaan ramai? Berikut dikongsikan ulasan penuh untuk Oppo Find X8 Pro.

Oppo Find X8 Pro
Skrin6.78-inci LTPO AMOLED 120Hz
1264 x 2780 pixels (~450 ppi)
Ultra HDR Image, HDR10+, HLG
Corning Gorilla Glass Victus 2
PemprosesMediatek Dimensity 9400 (3 nm)
Cip1 x 3.63 GHz Cortex-X925
3 x 3.3 GHz Cortex-X4
4 x 2.4 GHz Cortex-A720
Cip GrafikImmortalis-G925
RAM16GB RAM LPDDR5X
RAM Maya (+16GB RAM)
Muatan Dalaman512GB UFS 4.0
Kamera Utama50 MP, f/1.6, 23mm (lebar)
Sony LYT808, OIS

50 MP, f/2.6, 73mm (telefoto)
(3x optical zoom, PDAF, OIS)
Sony LYT600

50 MP, f/4.3, 135mm (telefoto)
(6x optical zoom, dual pixel PDAF, OIS)
Sony IMX858

50 MP, f/2.0, 15mm, 120˚ (ultra-lebar)
Samsung 5KJN5
Kamera Depan32 MP, f/2.4, 21mm (lebar)
4K@30/60fps, 1080p@30/60fps
Bateri5910 mAh
Berwayar 80W (PD, PPS, UFCS)
Nirwayar 50W
Berbalik 10W
SIM/TelefoniDwi SIM Nano /5G
NFCYa
Infra MerahYa
Kalis AirIP68/69
Sistem ImbasanImbasan cap jari sisi.
Imbasan wajah.
Harga JualanRM 4999 (16/512GB)


Rekaan

Jika anda biasa dengan rangkaian telefon pintar premium Oppo semestinya boleh membayangkan apa yang mungkin dirasakan dengan Find X8 Pro. Ia menonjol dengan rekaan yang menawan seterusnya kelihatan segar dan elegan. Belakang telefon ini menggunakan kemasan yang tidak memantulkan cahaya, dan agak kasar serta mudah dibersihkan. Ia turut boleh dikatakan tidak begitu licin seperti kemasan yang berkilat. Tiada lagi rekaan konsep dwi-tona warna Find X6 Pro lalu digantikan dengan warna yang memberi kesan minimalis elegan melalui pilihan Black dan Pearl White, seperti unit ulasan dalam artikel ini.

image is not available

image is not available

Kemudian terdapat bonggol kamera besar di bahagian belakang dengan kuad kamera utama dan juga logo Hasselblad yang ketara. Ia sebagai bukti kerjasama Oppo dengan salah satu pengeluar kamera terkemuka dunia, yang juga menggambarkan sentuhan premium pada telefon ini. Begitu juga dengan kemasan bergerigi turut melengkapkan lagi ruang di sekeliling bonggol kamera tersebut.

image is not available

Anda akan melihat bonggol kamera ini memenuhi hampir sepertiga ruang belakang dan mempunyai persamaan rekaan dengan Oppo Find N3 sebelum ini. Perbezaan yang wujud hanyalah pada tambahan satu lagi sensor kamera lalu mengalih kedudukan logo Hasselblad ke bahagian tengah. Terdapat juga sebuah LED Flash yang diletakkan betul-betul bersebelahan bonggol kamera tersebut. Bukan itu sahaja, Oppo turut menambah lapisan Armour Shield sebagai pelindungan ketahanan tambahan.

image is not available

image is not available

Bahagian sisi kiri terdapatnya butang Alert Slider yang juga sebelum ini turut pernah digunakan pada siri Find N3. Seperti biasa, ia boleh digunakan untuk bertukar di antara mod senyap, getaran dan bunyi dengan mudah. Sekali lagi menjadikan lebih praktikal berbanding mengakses melalui ruangan tetapan utama. Bahagian sisi kanan pula menempatkan butang kuasa dan laras audio dengan binaan yang kukuh dan boleh ditekan sebaiknya. Turut boleh ditemui ialah butang kamera unik yang berfungsi seperti ciri pada iPhone 16.

image is not available

Ia dinamakan sebagai Quick Button dengan beberapa fungsi utama yang memudahkan penggunaan aplikasi kamera. Misalnya seperti klik sebanyak dua kali untuk mengaktifkan aplikasi kamera dengan lebih cepat. Selain itu boleh digunakan untuk melaraskan tahap zum dengan mudah terutamanya dalam mod landskap.

Akhir sekali membolehkan gambar dan video diambil dengan hanya menekan butang ini sebanyak sekali. Dengan butang fizikal ini pengalaman mengambil gambar dan video dirasakan lebih praktikal tanpa perlu membuka skrin utama untuk mencari aplikasi kamera. Bagaimanapun ia hanya berfungsi sewaktu telefon dipegang secara mendatar semasa merakam gambar atau video.

image is not available

Anda turut boleh temui slot kad SIM, inframerah, kekisi audio dan slot kad SIM di bahagian bawah. Talam SIM disediakan menyokong dwi SIM nano sementara itu pembesar suara adalah dari jenis stereo dengan sebuah lagi diletakkan pada ganggang telefon di bahagian skrin.

Selain itu telefon juga mempunyai pensijilan IP68/69 yang bukan sahaja kalis air dan habuk malahan boleh menahan pancutan air bertekanan dan suhu yang tinggi. Seperkara yang masih tidak disertakan adalah bicu audio 3.5mm yang mana turut sama berlaku pada model sebelum ini.

image is not available

Find X8 Pro mempunyai skrin 6.82-inci yang cantik dan terang dari jenis LTPO AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula adaptif 1-120Hz, Kecerahan juga mencapai sehingga 4,500nits di samping menyokong teknologi ProXDR, HDR10+ dan Dolby Vision. Tubuh juga lebih tegap melalui rekaan yang melengkung untuk sentuhan moden dan minimalis. Rekaan melengkung ini juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menambah nilai kepada pengalaman pengguna.

Selain itu memberikan pengalaman tontonan yang hampir seakan tiada bezel di bahagian tepi. Ini seterusnya memberikan lebih banyak ruang dapat dinikmati tanpa perlu mengorbankan keselesaan penggunaan. Dengan rekaan bucu melengkung pada telefon ini turut bantu meningkatkan keselesaan semasa memegang telefon untuk tempoh yang lama.


Pengalaman Penggunaan

Skrin ditawarkan bukan sahaja beresolusi tinggi tetapi juga warna cukup terang untuk paparan yang jelas dalam kebanyakan situasi. Saya secara peribadi berpendapat tahap kejituan warna kelihatan agak tepat begitu juga dengan kandungan HDR yang menonjol. Selain itu boleh digunakan tanpa masalah walaupun di bawah cahaya matahari secara langsung. Tindak balas terhadap sentuhan juga baik dengan saya boleh menatal serta membuka aplikasi sebaiknya.

Find X8 Pro dikuasai dengan cip Mediatek Dimensity 9400 yang juga sama digunakan pada Vivo X200 Pro. Varian yang disemak juga mempunyai memori sebesar 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Turut disertakan sokongan RAM maya sehingga 16GB RAM yang menjadikan telefon mempunyai sehinga 32GB RAM keseluruhannya untuk lebih banyak aplikasi dilancarkan serentak. Empat ujian penanda yang termasuk Antutu, Geekbench 6, Geekbench AI dan 3D Mark turut sempat dilakukan pada telefon ini dengan hasilnya seperti di bawah:

Antutu 3D

  • Oppo Find X8 Pro – 2,672,191
  • Realme GT 7 Pro – 2,642,097
  • iPhone 16 Pro Max – 1,720,751

Geekbench 6

  • Oppo Find X8 Pro – 2779/8044
  • Realme GT 7 Pro – 2789/9002
  • iPhone 16 Pro Max – 3359/8129

3D Mark Wildlife Extreme

  • Oppo Find X8 Pro – 6,033
  • Realme GT 7 Pro  – 5,922
  • iPhone 16 Pro Max – 4560

Geekbench AI

  • Oppo Find X8 Pro – 1728/1740/2147
  • Realme GT 7 Pro  – 2307/2323/3027
  • iPhone 16 Pro Max– 4516/7744/6204

Penggunaan Find X8 Pro sepanjang hampir seminggu ini saya dapati berjalan dengan lancar dalam kebanyakan senario harian. Baik digunakan untuk menatal antaramuka atau pelbagai tugas harian lain, Find X8 Pro mampu mengenalinya dengan baik. Beberapa permua yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi seperti COD, Genshin Impact dan Honor Of Kings juga dapat dimainkan tanpa masalah.

image is not available

Cumanya secara realiti, saya pernah juga sekali mengalami isu peranti terhenti dan aplikasi gagal berfungsi secara tiba-tiba. Isu yang berlaku bukan sekejap malahan saya perlu melakukan proses but semula untuk telefon ini berfungsi semula seperti biasa. Proses bertukar ganti di antara aplikasi juga terganggu sewaktu isu tersebut berlaku.

Dalam pada itu telefon juga didapati menjadi sangat panas dalam beberapa situasi sebelum kembali normal. Ia termasuklah sewaktu menjalankan ujian penanda aras, memuat-turun aplikasi permua berat dan mengambil gambar secara berterusan untuk tempoh agak lama. Bagaimanapun mesra saya ingatkan permasalahan ini berlaku pada unit ulasan dalam artikel. Mungkin akan ada kemas kini pada masa mendatang atau ada kemungkinan juga tidak berlaku pada peranti yang dipasarkan kelak.

image is not available

Find X8 Pro turut didatangkan dengan perisian Android 15 dan antaramuka ColorOS 15. Perisian baharu ini menawarkan pelbagai penambahbaikan yang lebih praktikal untuk pengalaman cukup lancar tanpa isu melampau. Begitu juga dengan perisian AI terkini daripada Oppo seperti OPPO Notes and Documents dengan kemampuan mengolah semula struktur bahasa dalam masa beberapa saat.

image is not available

AI Recording Summary pula berfungsi seumpama AI Honor Notes yang boleh menghasilkan transkripsi audio secara automatik. Ia boleh merekod dan menterjemahkan perbualan secara masa nyata bagi memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkara penting. ColorOS 15 juga memperkenalkan Circle to Search with Google kepada peranti pintar Oppo. Selain itu disertakan dengan aplikasi Google Gemini untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti pengguna.

image is not available

Begitu juga dengan ciri Share With iPhone yang membolehkan pemindahan fail secara nirwayar di antara peranti Android dan iPhone. Ini termasuklah berkongsi gambar, video, dokumen dan jenis kandungan lain secara langsung tanpa bergantung pada storan awanan. Bagaimanapun aplikasi khusus O+ Connect perlu dimuat turun terlebih dahulu untuk meneruskan proses pemindahan.

image is not available

Lain-lain ciri yang boleh ditemui termasuklah Dual App Split-Screen Mode untuk pengalaman multi tugas lebih efisien, teknologi Trusted Execution Environment untuk memproses data peribadi dengan selamat dan klon Dynamic Island yang kini boleh disesuaikan malahan kelihatan serupa ditawarkan pada peranti Apple. Satu lagi penawaran yang bagus untuk telefon pintar ini adalah sokongan perisian Android selama empat versi dan enam tahun kemas kini keselamatan yang diberikan oleh Oppo.


Kualiti Gambar

Find X8 Pro dilengkapi kuad-sensor 50MP dengan keupayaan sudut ultra lebar (15mm), sudut lebar (23mm), potret (Hasselblad) dan telefoto periskop (135 mm) sehingga zum optikal 6X/ digital 120X. Ia juga menggunakan sistem kamera Hasselblad dengan OIS terbina. Kamera juga menyokong AI dan HDR terbina untuk penghasilan gambar dengan imbangan cahaya lebih baik. Namun masih boleh dimatikan secara manual sekiranya perlu. Gambar swafoto pula boleh diambil menerusi kamera hadapan 32MP dengan sensor Sony IMX615.

image is not available

Antaramuka kelihatan mudah untuk difahami dan tiada langsung masalah untuk mengakses setiap mod kamera yang tersedia. Mod-mod kamera yang disertakan adalah amat banyak seperti Master Hasselblad, Video, Photo, Portrait dan More. Pilihan tangkapan gambar pula boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3, 16:9 dan penuh. Sebanyak lima panjang fokus ditawarkan pada kamera peranti di antara 15mm – 135mm.

image is not available

image is not available

Diikuti juga tiga ciri Smart Scene yang terdiri dengan Stage, Silhouette dan Fireworks. Kemudian tiga kesan bokeh Hasselblad Portrait Mode untuk dipilih seperti Misty, Glowing dan Dreamy dengan kawalan kesan bokeh yang boleh dilaras di antara f/1.4 hingga f/16. Turut menarik perhatian ialah tiga penuras Flim Simulation baharu seperti CC Film, NC Film dan NH Film.

image is not available

image is not available

Terdapat juga ciri berasaskan AI disediakan seperti AI Enhance Clarity yang boleh meningkatkan kualiti imej tanpa tanpa kehilangan butiran penting. Sebagai contoh imej yang dipangkas dengan resolusi rendah boleh ditukar menjadi 4K dalam masa yang singkat. AI Unblur pula untuk memastikan gambar sangat jelas lalu menjadikannya lebih menarik dan kelihatan mantap.

Diikuti oleh AI Remove Reflections dengan kemampuan menghilangkan pantulan yang tidak diingini kemudian menghasilkan imej lebih jelas serta berkualiti. Akhir sekali ialah AI Eraser yang boleh memadam atau mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada gambar dengan bantuan AI. Oppo turut menambah kebolehan baharu yang dinamakan sebagai people remover melaluinya. Perlu dimaklumkan juga bahawa kesemua ciri suntingan yang disediakan memerlukan sambungan internet bagi mengakses kesemua ciri disebutkan.

image is not available

Lain-lain ciri yang boleh ditemui termasuklah Livephoto, Soft Light Portrait dan 4K Dolby Vision Video untuk kedua-dua belah kamera hadapan dan belakang. Video 4K yang menyokong 30/60FPS turut boleh dibuat dengan pilihan keupayaan zum di antara 0.6X, 1X, 2X, 3X dan 6X. Sistem kameranya juga menyokong rakaman dengan ciri HDR yang mampu menjadikan hasil video mempunyai kontras warna yang terang bersama perincian lebih baik. Terdapat juga fungsi Sound Focus untuk menghasilkan video yang berkualiti dengan hingar audio yang rendah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kamera dilihat mampu mengimbangkan skema warna antara sensor. Memfokus pada subjek juga adalah pantas dan mudah untuk mengambil gambar. Gambar yang diambil dengan kamera utama kelihatan sentiasa konsisten terang dengan keperincian yang tinggi dalam kebanyakan senario. Tiada masalah dedahan berlebihan atau tona warna yang berlebihan dari realiti sebenar termasuk untuk kulit manusia. Kamera Find X8 Pro juga berfungsi sebaiknya dalam Portrait Mode di mana cenderung memastikan gambar kelihatan realistik.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Cuma dalam sesetengah situasi, edge detection boleh dikatakan tidak sempurna dengan ia mengaburkan latar belakang yang salah. Begitu juga dengan perubahan warna yang drastik dalam pencahayaan rendah. Ia dilihat lembut dengan warna kulit terlihat pucat atau kekuningan. Namun tidak pula berlaku untuk gambar dalam pencahayaan terang. Begitu juga dengan kamera ultralebar dilihat berfungsi sebaiknya dalam mengekalkanna pada tahap yang sama seperti sensor utama meskipun dalam pencahayaan malap. Prestasi zum pula terbaik sehingga 35X dengan perincian pada gambar yang masih terjaga.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Find X8 Pro turut mempunyai mod malam khusus yang diaktifkan secara automatik, memandangkan tiada butang khusus pada aplikasi kamera. Ia bagaimanapun boleh dimatikan sekiranya tidak mahu melalui ruang tetapan. Begitu juga dengan pilihan mod makro yang diaktifkan secara automatik, atau boleh dimatikan kalau tidak mahu digunakan. Kualiti gambar kedua-duanya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available


Ketahanan Bateri

Find X8 dilengkapi bateri besar 5,910mAh yang juga silikon-karbon yang dinaik-taraf untuk kemampuan lebih baik dalam pelbagai keadaan. Dalam kegunaan biasa peranti mampu bertahan selama 25 jam dengan skrin terpasang selama 9 jam 36 minit. Pada penggunaan yang lebih berat, peranti bertahan selama 9 jam dengan skrin terpasang kira-kira 4 jam. Ia turut boleh dicas semula lebih pantas sehingga 80W untuk berwayar dan nirwayar 50W. Di mana boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang sejam.


Pesaing

Oppo Find X8 ProVivo X200 ProRealme GT7 Pro
6.78″ LTPO AMOLED 120Hz HDR10+, 4500 nits
Dolby Vision, Gorilla Glass Victus
6.78″ AMOLED, 120Hz
HDR10+, 4500 nits
6.78″ LTPO OLED, 2780 x 1264,
1Hz-120Hz, 6000 nits,
Dolby Vision, Gorilla Glass 7i
Dimensity 9400 (3 nm)
1×3.63 GHz Cortex-X925
3×3.3 GHz Cortex-X4
4×2.4 GHz Cortex-A720
Dimensity 9400 (3 nm)
1×3.63 GHz Cortex-X925
3×3.3 GHz Cortex-X4
4×2.4 GHz Cortex-A720
Snapdragon 8 Elite (3nm)
2x 4.32 GHz Oryon V2 Phoenix L
6x 3.53 GHz Oryon V2 PhoenixM
Immortalis-G925Immortalis-G925Adreno 830
16 GB LPDRR5X12 GB LPDRR5X12GB RAM LPDDR5X
512 GB UFS 4.0512 GB UFS 4.0512 GB UFS 4.0
Kamera Utama
50 MP (lebar), OIS
50 MP (periskop telefoto)
50 MP (periskop telefoto)
50 MP (ultra-lebar)
Hasselblad
Kamera Utama
200 MP, f/1.6, (telefoto) OIS
50 MP, f/2.6 (utama)
50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
ZEISS
Kamera Utama
50MP (Sudut Lebar), OIS
50MP (Telefoto), OIS
50MP (Sudut Ultra Lebar), OIS
8MP
HYPERIMAGE+
Kamera Hadapan
32 MP
Kamera Hadapan
32MP
Kamera Hadapan
16MP
IP68/69IP68/IP69IP68/IP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
5910 mAh
Berwayar 80W
Nirwayar 50W
Berbalik 10W
6000mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 30W
6,500mAh
Berwayar 120W
RM 4999 (16/512GB)RM4,699 (12/512 GB)

RM3,699 (12/512GB)


Apa Di Dalam Kotak?

  • 1 X Oppo Find X8 Pro.
  • 1 X Pengecas SuperVOOC.
  • 1 X Kabel USB-C.
  • 1 X Manual pengguna.
  • 1 X Kad jaminan.
  • 1 X Kerangka pelindung.


Kesimpulan

Telefon ini benar-benar unik dan menonjol dalam hampir semua aspek. Ia termasuk rekabentuk, prestasi, sistem kamera dan ketahanan bateri. Ia kelihatan premium dan terasa tegap di tangan. Sistem kamera cukup berkebolehan dalam sebahagian besar senario. Bateri hebat dengan pengecasan pantas berwayar dan nirwayar. Sungguhpun begitu kritikan harus diberikan kerana lambakan aplikasi gendut. Selain itu berlakunya isu peranti henti dan aplikasi tidak berfungsi secara tiba-tiba. Aplikasi juga tidak ditutup kesemuanya sewaktu butang Close All ditekan. Pepijat-pepijat dan kekurangan ini sedikit sebanyak menenggelamkan sedikit kehebatan peranti yang mensasarkan menjadi terbaik di dalam kelasnya.

Pro Dan Kelebihan

  • Skrin yang terang dan tajam.
  • Menyokong paparan HDR.
  • Cip pemprosesan berkuasa.
  • Sistem kamera yang baik membuka dimensi fotografi baru.
  • Ketahanan bateri baik dengan pengecasan yang pantas
  • Pengecasan nirwayar dan berbalik disokong.
  • Kalis air IP68/69.

Kontra Dan Kekurangan

  • Pepijat kecil yang membuatkan penggunaan tidak lancar sepenuhnya.
  • Lambakan aplikasi gendut.
  • Tiada bicu audio 3.5mm.