Onn Hafiz dakwa parti lawan guna fitnah, hasutan demi raih undi

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 2:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa pihak lawan menggunakan pendekatan berasaskan hasutan, fitnah serta menabur ‘janji bulan dan bintang’ bagi memancing sokongan pengundi sepanjang tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Guna fitnah, hasutan

Image from: Onn Hafiz dakwa parti lawan guna fitnah, hasutan demi raih undi

Menerusi satu hantaran video di Facebook hari ini, beliau berkata pengundi di negeri itu diyakini tidak akan mudah terpengaruh dengan taktik sedemikian kerana telah melalui situasi yang sama pada pilihan raya sebelum ini.

Menurut Onn Hafiz, strategi berkenaan pernah digunakan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan 2022 sebagai usaha mempengaruhi sokongan rakyat.

“Sedar tak sedar, sudah seminggu kita berkempen untuk PRN Johor. Seperti yang kita jangkakan, pihak lawan menggunakan strategi hasutan, fitnah dan janji bulan dan bintang untuk meraih undi daripada Bangsa Johor.
“Namun saya percaya dengan sepenuh hati bahawa Bangsa Johor tidak mudah diperdaya kerana kita telah mengalami suasana yang sama pada tahun 2018 dan juga 2022, apabila mereka menggunakan strategi yang sama untuk menghasut dan meraih undi,” kata Onn Hafiz.

Image from: Onn Hafiz dakwa parti lawan guna fitnah, hasutan demi raih undi

Artikel lain: Onn Hafiz jelaskan isu pelan induk JS-SEZ, tiada niat cela mana-mana pihak

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Johor agar terus memberi keutamaan kepada usaha membangunkan negeri serta tidak mempertaruhkan masa depan Johor dengan mempercayai dakwaan atau janji yang disifatkannya tidak berasas.

“Sama-samalah kita fokus kembali untuk membangunkan negeri Johor yang kita cintai. Banyak yang telah kita capai.
“Jangan kita gadaikan masa depan Johor dengan fitnah, hasutan dan janji bulan bintang yang mereka taburkan. Sama-samalah kita membina masa depan Johor yang lebih baik,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved