JOHOR BAHRU – ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur serta menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas limpah perkenan melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor.
Beliau turut merafakkan sembah menjunjung kasih Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail atas limpah perkenan serta kepercayaan yang diberikan untuk beliau terus memikul amanah menerajui pentadbiran negeri.
Menurutnya, amanah tersebut akan dilaksanakan dengan penuh taat setia demi kemajuan negeri dan kesejahteraan Bangsa Johor.
**media[3580195]**
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit
[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16
BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR
[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor
[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa
SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial
Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor
[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir
PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan
"Saya sedar setiap keputusan yang akan dibuat selepas ini akan memberi kesan kepada kehidupan jutaan Bangsa Johor. Justeru, saya berdoa agar ALLAH SWT terus membimbing setiap langkah, mengurniakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta menetapkan hati saya untuk sentiasa berlaku adil, amanah dan ikhlas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Dalam pada itu, Onn Hafiz memaklumkan Kerajaan Negeri Johor turut mengisytiharkan Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor.
Katanya, pengisytiharan itu dibuat atas limpah perkenan Pemangku Sultan Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau turut memohon doa daripada seluruh rakyat Johor agar diberikan kekuatan dan petunjuk oleh ALLAH SWT dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan, integriti serta sentiasa mendapat keredaan-Nya.






