Op Daya: SPRM dedah kelemahan tadbir urus PERKESO  

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Op Daya: SPRM dedah kelemahan tadbir urus PERKESO  
Abdul Halim Aman

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan beberapa kelemahan dalam sistem tadbir urus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dipercayai membuka ruang kepada penyelewengan dan tuntutan palsu melibatkan pembayaran insentif Daya Kerjaya di bawah Op Daya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, hasil siasatan mendapati proses permohonan insentif tidak melalui semakan terperinci (due diligence) terhadap dokumen yang dikemukakan.

Menurutnya, siasatan turut mendapati berlaku penumpuan kuasa apabila pegawai yang sama bertanggungjawab menyemak serta meluluskan permohonan tanpa mekanisme tapisan yang sewajarnya.

"Melalui penyiasatan kami didapati tidak ada due diligence dilakukan terhadap dokumentasi yang dikemukakan. Kami juga mendapati berlaku penumpuan kuasa kepada pegawai yang sama untuk membuat semakan dan memberikan kelulusan.

"Tiada elemen tapisan dan perkara ini merupakan antara aspek tadbir urus yang perlu diperbaiki oleh pihak Perkeso," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved