OpenAI Akan Menawarkan Kembali Model ChatGPT 4o Untuk Masa Terhad

TechnologyDigital
9 Aug 2025 • 11:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak pengenalan GPT-5, beberapa pengguna yang kurang menyukainya, mengatakan respon yang diberikan GPT-4o lebih baik. Selari dengannya, kini CEO OpenAI mengatakan akan mengembalikan model legasi GPT-4o kepada pengguna berbayar ChatGPT Plus.

Walaubagaimanapun, ia akan ditawarkan untuk waktu terhad. OpenAI akan perhati kadar penggunaannya, dan menentukan kelak berapa lama akan menawarkan model legasi berkenaan sebelum ia ditamatkan sepenuhnya.

Disamping itu, ia turut dikatakan GPT-5 mengalami masalah pada awal pengenalan disebabkan masalah teknikal, membuatkan ia kelihatan kurang pintar. Perkara berkenaan dikatakan telah dibaiki, dan GPT-5 sepatutnya beroperasi dengan lebih baik kini.

Bagi anda yang menggunakan ChatGPT, model GPT-5 kini telah diperkenalkan secara meluas, dan boleh menggunakannya. Prestasi GPT-5 juga dilihat lebih pantas berbanding sebelum ini, dan dikatakan mempunyai keupayaan matematik dan pengaturcaraan lebih baik.