OpenAI Dilaporkan Bekerjasama Dengan Broadcom Dan TSMC Untuk Cip AI

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 9:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI, syarikat disebalik perkhidmatan kecerdasan buatan janaan, ChatGPT, kini dilaporkan bekerjasama dengan pihak Broadcom dan juga TSMC dalam membangunkan cip tersendiri dengan fokus kepada sistem kecerdasan buatan. Dengan langkah ini, OpenAI akan mempunyai alternatif kepada akses cip, berbanding perlu bergantung NVIDIA sahaja.

Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, menjadi fokus utama juga adalah pembangunan infrastruktur dan juga cip untuk menyokongnya. Dengan membangunkan sendiri, ia dijangka akan mengurangkan kos, serta membawa kepada lebih penjimatan dan kawalan ketika pembangunan dan pengenalan ciri-ciri baharu.

Pada hari ini, OpenAI bergantung kepada penawaran NVIDIA dalam menyediakan penawaran, mahupun untuk melatih model-model kecerdasan buatan mereka tersendiri. Mengikut laporan sama, OpenAI sedia mendapatkan sejumlah tenaga kerja khusus untuk pembangunan cip ini, selain menyasarkan pengeluaran menggunakan TSMC menjelang 2026 kelak.

Disamping pembangunan cip sendiri, OpenAI juga dilaporkan merancang menggunakan cip AMD dalam operasi pembangunan model kecerdasan buatan mereka.